Tuesday, December 8, 2009
SABAH JUARA PIALA AGONG SIRI KE 27
Sabah menikmati kejuaraan Piala Agong untuk kali ke 2 dalam tempuh 3 tahun selepas menewaskan ATM dengan kemenangan tipis 17 - 15 dalam keadaan padang yang sebahagiannya becak di Pangkalan TUDM Subang. Shah Alam, petang semalam.
Selepas menjuarainya pada kali pertama tahun 2007 apabila menewaskan Selangor dipadang Uni Malaya, Sabah tidak turut serta pada tahun berikutnya tetapi kembali dengan semangat tinggi untuk membuktikan mereka masih mantap walaupun pada awal tahun lalu, rata-rata pemain Sabah telah mennikmati kejuaraan Piala Super KRM ketika mewakili Sandakan Eagles.
Sementara itu dalam perlawanan bagi menentukan Juara kategori Plate di antara Negri Sembilan dan Johor berkesudahan dengan kemenangan besar N.Sembilan 32 - 0. Walaupun pada peringkat permulaan N.Sembilan sedikit kucar kacir disebabkan kelewatan kehadiran pemain mereka ke padang, pengalaman mereka yang sentiasa bermain diperingkat tinggi digunakan sepenuhnya untuk mengawal pemain-pemain muda Johor yang nampak goyah terutamanya dalam mengekang kombinasi gerakan 2 pemain warga Fiji yang mewakili N.Sembilan. Dengan 4 try di separuh masa permata dan tambahan lagi 2 try di separuh masa ke 2, N.Sembilan membawa pulang medal Juara kategori Plate Piala Agong 2009.
Y.B. Datuk Peter Pang, Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Exco Belia dan Sukan Sabah, yang turut hadir menyaksikan perlawanan akhir pada kali ini, sudi menyampaikan Piala dan cenderamata kepada Juara dan Naib Juara Piala Agong siri ke 27. Sementara Y.Bhg Dato' Muhammad Muhiyuddin, Presiden KRM sudi menyampaikan medal bagi kategori Plate.
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kejohanan pada kali ini. Jika terdapat sebarang kekuranga dan kecacatan pihak kami ingin memohon maaf dan akan cuba memperbaikinya di masa akan datang.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment